Monday, December 22, 2008

Macam-Macam Yang Terjadi,,,,,,,

Huhuhuh dejafera in da house.... ok firstly nak ucapkan assalammulaikum.... semoga kita semua senantiasa di rahmati Allah yang maha esa...

Syukur alhamdullilah.. allah masih lagi memberikan aku peluang dan ruang untuk aku berkongsi pengalaman hidup ku. Weekend ku pada kali nie.. fuhhhhhhhhhhhh macam-macam yang terjadi...pada hari sabtu.. kami terfikir kenduri kahwin yang akan kami pergi.. lalu suami ku menelefon abg ipar ku yang tinggal berdekatan dengan keluarga pengantin. Kami di beritahu bahawa perkahwinan tu berlansung pada hari ahad iaitu 21/12/2008 lalu kami teruskan niatkan kami untuk membawa anak-anak ke " Jom Heboh" . Sibuk mereka nak rasa suasana karnival itu.. so kali nie.. kami berpendapat sempena cuti sekolah.. apa salahnya kami bawa mereka ke karnival tersebut..biarlah mereka rasa apa yang mereka nak rasa...

Pagi sabtu.. kami siap seawal yang mungkin sebab ingin pulang awal dari karnival tersebut.. kami sampai di sana tepat jam 10-30 pagi.. kami mulakan round the karnival dengan memasuki boot my tv3 kids.. ada pertandingan mewarna.. aku bercadang nak daftar anak lelaki ku iaitu Muhamad Asyraf.. tapi suami ku tak benarkan alasan.. tak cukup masa.. nanti tak dapat masuk boot yang lain..

Selepas boot my tv3 kids, aku pergi ke lady's choice.. selepas round boot lady's choice.. aku di siapkan goddie-goddie yang ku fikirkan waktu itu RM5.. so aku rasa murah giler lah.. aku pun ambil.. dan sewaktu nak membayar aku terkejut bila wang ku di kembalikan hanya RM 35-00 sahaja.. barulah aku tahu.. nilai goddie bag tersebut adalah RM15-00 ( tp kira murah gak lah )

Selepas itu kami singgah di beberapa boot tapi kenangan yang paling yang tak boleh aku lupakan adalah selepas boot campbell aku mengikuti suami ku yang waktu itu berada di boot Harian Metro.. waktu itu..juruacaranya tengah kemukakan soalan berkisar tentang filem2 dari Seniman Dr Tan Sri P. Ramlee. Juruacara itu menyanyikan sedikit lirik dari sebuah filem dan penonton hendaklah memberikan jawapannya.. lirik tersebut berbunyi berbegini ... siapa ituuuuuuuu? 2-3 kali gak lah juruacara itu menyebut.. tapi tiada yang memberikan jawapan.. lalu secara tak sengaja aku bersuara.. bujang lapok.. akak ... akak..mari sini berikan jawapan.. alamakkkkkkkkkkkkkkkkkkk.. aku cuma nak berikan jawapan.. bukan nak naik pentas.. nak tangan.. dengan muka yang ala-ala kalau di hiris tak berdarah.. aku naik pentas.. juruacara itu tanya nama dan datang dari mana.. dengan perasaan yang sungguh-sungguh gemuruh aku memberikan maklumat diri ku.. dan beliau bertanya apa jawapannya kak? aku jawab bujang lapuk.. lepas tu dia tanya lagi.. aku minat cerita P. Ramlee ke? aku jawab.. ya.. pas tu dia cakap nyanyi sikit kan? aahhhh sudahhhhh bab yang paling aku tak nak.....

Aku cakap tak nak sambil gelengkan kepala.. ala..kak nyanyi sikit aje kak... ok ok.. akak cuma nyanyi bab nie aje.. siapa ituuuuuu... tak nak terlalu lama berdiri di pentas tersebut.. aku pun menyanyi lirik tersebut... siapa ituuuuu ( hahahahah kali nie.. aku gelakkan diri sendiri ) .. ambik kau wadariah.. tak ada kerja cari kerja...

Aku memenangi 2 tiket wayang.. yang aku sendiri tak pasti.. cerita apa..

Ok..berbalik pada boot Harian Metro nie.. bab aku tak habis lagi.. sewaktu.. aku masih lagi tunggu suami ku membeli surat khabar.. juruacara itu...inginkan penonton menunjukkan bakat dalam tarian shuffle.. oleh kerana aku tahu.. arif dan asyraf selalu..menarikan tarian nie.. aku minta mereka naik ke pentas.. tapi kedua-duanya tak nak.. akhirnya seorang pemuda menawarkan diri.. tapi tarian shuffle pemuda tersebut.. bukanlah tarian shuffle yang di inginkan oleh juruacara tersebut..

Juruacara itu masih ingin penonton menarikan tarian tersebut... abg akhir menolak arif ke depan stage.. arif tak nak.. juruacara tu pujuk arif.. aku pun pujuk arif.. akhirnya beliau naik ke stage tersebut.. mungkin beliau malu.. aku boleh nampak dari riak wajah beliau..gemeruh dsbnya..even masa juruacara tu bertanyakan nama.. beliau hanya menundukkan mukanya sahaja...

Ok dik.. abg nak adik menari shuffle.. nanti jap. abg tengok.. ada tak music shuffle kat handset abg... ok ok.. dik.. deja kita ada music shuffle.. Ok dik kita mulanya.. bila music dah bermula.. arif memulakan gerak tari shuffle.. wah wahh... dah hilang rasa malunya.. lihat sajalah gelagat beliau dalam video yang akan aku attachkan nie..

Wah... wah... wahh.. siapa sangka.. beliau nie.. memang pemalu.. akhirnya beliau dapat semangat menari di depan orang ramai di " Jom Heboh" tu... cayalah ariff,.....

Tak sangka.. pengalaman kami di Karnival " Jom Heboh" itu satu pengalaman yang tak boleh di lupakan.. dan kini.. arif ada cerita tersendiri.. untuk di titipkan dalam karangan beliau nanti... (siapa tahu jika ada soalan mengenai aktiviti cuti sekolah anda )

Anyway.. terlalu banyak kisah yang ingin aku kongsikan di sini..namun rasanya.. key pad ku..hanya terhenti disini.. insyallah.. akan ku titipkan lagi.. kisah-kisah yang menarik.. jika di berikan ruang dan waktu...

ps: enjoy the show...


Tuesday, December 16, 2008

Finally Dua Hati Bersatu

Firstly aku nak ucapkan congratulation my dear frend Nurliza Binti Nordin dengan pasangan jiwanya Mohd Zahari .... finally diri mu selamat di ijabkabul dengan pilihan hati... aku di sini senantiasa mendoakan kebahagiaan diri mu suami isteri.. semoga ikatan yang di menteri ini akan kekal hingga ke akhir hayat.... Majlis bermula lebih kurang jam 5pm.. acara ijabkabul akan di mulakan bila2 masa aje.. aku dapat rasakan debaran hati sahabat ku nie.. ( berdebar2 ya.. sabar ya.. ) dan aku dapat lihat.. wajah Ali sungguh serius.. ( sapa yang tak kecut perut.. semua pengantin lelaki mengalami detik2 nie.. ) kalau ada yang cakap tak kecut perut tu..mmg aku tak percaya.. sebab dah jadi lumrah manusia.. sikit tak banyak...mesti akan rasa kencang degupan jantung di saat nak pegang tangan tok kadi tu... ( tipulah kan...klu tak kecut perut ) oklah.. stop merepek.. berbalik kita pada "bride" kita.. akhirnya.. setelah di soal 2-3 soal.. dan di minta membaca sedikit sebanyak surah dsbnya.. dengan sekali lafaz.. akhirnya teman ku ( bukan teman tapi mesra ya )hehehe.. selamat di ijabkabul kan..Hati ku sungguh gembira , terharu dsb nya bila lihat sahabat ku selamat di ijabkabul kan...

Pada keesokkan harinya adalah hari persandingan kedua-dua mempelai.. aku sepatutnya datang awal waktu itu tapi memandangkan aku ada tanggungjawab yang harus aku di laksanakan so tak dapatlah aku nak datang awal. Setiba aku di majlis tu.. aku terus dapatkan pakcik sahabat ku.... suami ku salam dan pakcik liza terus kata.. ha.. gi lah teman liza kat bilik dia tu.. ya pakcik..

Bertemankan anak dara aku yang paling bongsu... Siti Khadijah.. aku pun masuk bilik sahabat ku.. beliau mengenakan persalinan warna unggu.. wahhhh cun member aku nie..

Tepat jam 2-00 pasangan di raikan dengan paluan kompang.. sahabat ku sempat berpesan.. jangan lupa tepung tawar aku tau.. akhirnya pasangan di satukan di pelamin yang tersergam indah.. sorang demi sorang pihak keluarga lelaki menepung tawar pasangan di susuli dengan bos bos mempelai.. di akhir dengan pihak dari keluarga perempuan.. dan majlis tepung tawar itu.. di akhiri oleh aku.. hahahahah.. korang tak tahu... betapa berdebarnya aku di saat tu.. aku sempat lagi ckp dengan "bride" korang yang dok atas..tapi aku yang dok nervous nie...

Habis majlis tepung tawar...bride ke meja makan pengantin... wah wahh.. berselera teman aku makan...almaklumlah.. skrg makan berteman... siap ada epilog suap menyuap lagi.. cewah... wah.. senyum simpul member aku nie..

Oh penantian satu penyeksaan.. lama nya pengantin nie.. bersantap.. ( mungkin sebab kalau kita menunggu tu..waktu seakan terasa lambat berlalu ) aku akhirnya mendapatkan pengantin untuk memberitahu. aku nk chow.. tapi nak abadikan sekeping gambar mereka berdua di pelamin dengan kami sekeluarga..

Finally dapat gak aku ambil gambar dengan bride atas pelamin.. lihatlah hasilnya.. cantik tak pelamin nie.?..aku yang jumpa tema nie.. so klu ada sapa-sapa berminat leh lah hubungi aku.. don't worry.. aku tak kenakan bayaran punnn.. just buat amal jariah aje.. heheheh...

Oklah.. dah panjang lebar rasanya aku coretkan..detik-detik indah sahabat karib ku nie..

Akhir kata dari ku.. jadilah isteri yang solehah.. dan ingatlah.. wahai sahabat ku.. Love is never be end......

bubaiiiiii


ps: oh ya..buat masa nie.. tak dapat nk upload foto..insyallah aku akan upload kan foto persandingan tu...

Thursday, December 11, 2008

Kisah Di sebalik Takbir Raya

Tepat jam 5-30pm suami ku sampai di pejabat ku dan macam biasa aku turun agak lewat sebab ada sedikit kerja yang harus di selesaikan.. sebaik saja aku turun macam biasa aku akan tanya..nak masak apa dan hari ini abang pergi rumah sapa untuk takbir raya.. suami ku cakap hari ini gi rumah haji dan rumah Ibrahim, aku pun tanya Ibrahim mana? ( memandangkan di kawasan perumahan kami ada 2 org nama yang sama ) Ibrahim Blok 9. Oh...ya ke? Habis tu abg nak buat takbir ke? maklumlah rumah aku dan rumah Ibrahim nie sama blok so aku inginkan kepastian dari suami ku memandangkan Hari Raya Aidilfitri kami tidak dapat melaksanakan hajat kami.Itulah abg tengah fikirlah nie.. mcm mana nk cari ruang untuk tetamu duduk.. meja makan kita saja dah sempit kan ruang tamu kita... on the way back home.. kt atas motor.. abg decide untuk letakkan meja makan ke ruang dapur..

Setiba kami di rumah.. abg tukar baju dan terus alihkan meja makan ke ruang dapur dsbnya. Finally dapatlah kami ruangan untuk guess incase kalau kami jadi buat takbir raya..Setelah solat aku kedapur.. tak sedar plak suami ku ke surau... aku agak panik gak nie sb tak tahu jadi ke suami ku buat majlis takbir raya.. aku lantas ke rumah mak..nk mintak tolong adik ku amy atau ain untuk hantarkan ku ke jusco untuk beli kuih bahulu... tapi amy nk balik manakala ain plak aku takut tak biasa dgn kereta ku.. so aku decide balik dulu confirm dengan abg.. by sms jadi ke suami ku buat majlis tu.. waktu aku sedang sms tu...aku dapat idea.. what not..kalau aku buat jemput-jemput udang aje.. udang pun banyak kat peti ais.. aku hantar sms kt suami ku.. klu confirm nk buat.. aku nak masak jemput2 so please confirm cepat takut tak sempat nk masak.. akhirnya suami ku agreed. So aku pun apa lagi..mcm lipas kudung wat preparation..mana tak.. nk keluarkan Tea set lagi dan keluarkan piring untuk makan ais krim lagi dan mcm2 lagi.. adoooiii penat dan stress gak lah wat benda last2 minit.. ni..

Syukur alhamdulillah... akhirnya perjalanan majlis kami berjalan dengan lancar... ini ajelah yang dapat aku sajikan.

Akhirnya detik2 yang aku nantikan tiba, tetamu hadir tepat jam 10.00 setelah tetamu duduk majlis di mulakan tepat jam 11-15. Setelah selesai Takbir Raya dan di susuli dengan bacaan doa.. tetamu menjamah makanan yang aku hidang.. tapi yang paling of course.. ais krim lah kan... tak cukup.. tapi nak buat macam mana.. itu aje yang ada..

Oklah.. rasanya cukup sampai di sini episod.. Takbir Raya..pada tahun nie.. insyallah di murahkan rezeki.. di panjangkan umur.. .. akhir kata dari ku.. Kita Hanya Merancang.. Allah yang menentukan.. amin...

ps: video nie.. aku ambil waktu guest tengah makan..

Wednesday, December 10, 2008

Takbir Raya

Syukur alhamdullilah, akhirnya tertunai juga hajat kami suami isteri untuk lakukan majlis Takbir Raya pada tahun nie...memandangkan pada hari raya aidilfitri aku tidak dapat melaksanakannya atas permintaan ibu mertua ku yang ingin melakukan majlis takbir pada waktu itu.. apa yang aku mampu kata...walaupun penat namun ianya berbaloi...memang berbaloi.. syukur alhamdulilah ke hadrat illahi kerna menunaikan hajat kami.....amin... kita semua mampu merancang...namun Allah lebih mengetahui.. itu lah yang terjadi pada majlis kami yang serba serderhana ni... pada asalnya kami tidak lansung bercadang untuk melakukan majlis takbir memandangkan kami tiada peruntukkan kewangan ke arah itu..namun memang benar kata pepatah..nak seribu daya tak nak seribu dalih... berbekalkan ais krim dan jemput-jemput udang yang aku masak secara mengejut..majlis kami menjadi sungguh meriah.. hingga ada yang berkata.. rizal nie.. bijak lah.. mengatur menu dia.. kat atas ( mean rumah jiran kami ) dah ada heavy food..so dia prepare dessert untuk kita.. that goodsss... syukur alhamdullilah...

Entah kenapa.. waktu tengahari di kala syahindah menelefon ku.. aku sempat berpesan.. kemas rumah tu.. abah mungkin nak ubah suai meja makan... tak tahu kenapa hati nie...terdetik berkata sedemikian.. namun inilah jawapannya.. bila kami dah ubahsuai meja makan letakkan di ruang dapur..kami akhirnya dapat ruang yang luas untuk menempatkan tetamu yang hadir.. tengok sajalah klip video yang aku attachkan di ruangan nie.. penuh kan.. kalau tak ubah meja makan..mesti tak muat..

Inilah kitaran hidup ku yang sungguh indah sekali.. allah merencanakan untuk ku dengan sempurna....

Allah maha besar.. allah maha besar.. pengorbanan kami sekeluarga pada hari raya aidilfitri baru-baru nie akhirnya mendapat kenikmatan yang tak terhingga pada hari raya aidil adha... amin...

Oklah..rasanya cukup sampai di sini yang mampu saya kongsikan bersama keluarga serta teman-teman semua.. akhirnya dari saya.. love is never be end....

p/s : hayatilah klip video nie..

Wednesday, November 26, 2008

Hahaha..x abis2 lagi...Part 3 plak

Huhuhu.. jgnlah marah ok.. nk wat mcm mana.. masa mmg jelous kt aku.. asyik dok godak2 blog, aku sampai x sempat nk taip besday story part 3...hehehe.. anyway.. nie..kisah lepas aku settle all my work.. my lovely husband call tanya kt area aku hujan tak? aku ckp x, pastu aku tanya knp? abg ada kt umah nie.. balik dgn bos ke? x tahu..jap tanya bos dulu.. pas tanya bos..bos ckp balik lambat sb ada kes nk settle so my dear decide jemput aku balik dgn kereta so leh lah adik aku ikut aku balik sekali ( adik aku wat part time kt sini masa cuti semester aje ) On the way back..hubby aku ckp..anak2 ada wat cake utk ibu... ohhhh reallyyyy.. wah.. touching gak hati aku.. maklumlah....mrk beria-ia nk raikan besday aku.. patutlah mlm tadi tanya ibu beli kek tak? Ok..sampai aje kt umah my younger son.. dok nyanyi sambil peluk aku.. happy birthday ibu.. happy birthday ibu.. ibu.. hari nie.. kakak ada wat kek.. so aku tanya mana kek nya.. jap arif kuarkan dari peti ais.. Alamakkkkkkkkkkkk terkezut gak aku tgk kek tu..mana tak nya.. kek tu bantat.. ( mean ... lu fikirlah sendiri) aku tak nk lah spoil kan derang..so aku mkn gak lah..hasil kreatif anak dara aku.. tetiba arif jerit..ibu..klu ibu x suka kek nie.. ada lagi satu lagi kek...mesti ibu suka.. abah beli.. hubby aku apa lagi.. dok jeritlah ariiffffff... arif tersengeh aje..sb dh bocorkan rahsia... Oooo nk wat surprise kt aku rupanya... mana tak nya.. pagi2 lagi hubby aku dh htr sms.. ari nie x ada kek ya... aku tak kisah pun.. tp x sangka plak hubby aku beli gak kek utk aku.. talking about kek.. baru aku perasan... every year..hubby aku tak pernah lupa belikan kek utk besday aku....muaaahhh cayang abg.... adah tahu... abg tak pernah lupa wish dan tak pernah lupa belikan kek utk adah... i love you my dear... eehhhh mana plak aku meraban nie.. oppppsss sorry terbabas plak...heheheh... hubby aku belikan kek coklat aiskrim...wahhhh best giler..siap ada strawberry... ( aku & anak dara aku dok cilok strawberry tu mkn dgn coklat ) heheheh sorry my dear... Anyway... time to potong kek.. tak bestlah.. potong kek sorang2 kan.. aku ajak anak buah aku yg sememangnya ada kt umah mk aku.. sb mk aku bela derang kan.. terutama sekali "kembar" anak dara kecik aku..(deja) iaitu ajim.. ( refer kt foto collecton aku ada gambar derang berdua) derang berdua nie.. aku gelarkan kembar pasal..suka tiru each other..umur pun x jauh bezanya.. ajim dan aku plak kongsi besday month yg sama.. ajim 19 nov dan aku 25 nov.. Ok.. bab potong kek.. bila semua anak buah aku berkumpul apa lagi..dok meriahlah kuar besday song... mcm2 versi maklumlah..bebudak yg nyanyi.. di sambunglah bab suap-menyuap.. memula aku suapkan hubby aku.. tp aku tak lupa gak .... nk mak aku suapkan aku kek.. bestnyaaa....syokkknyaa.. bila mk aku suap aku kek.. c/w wish dan peluk aku.. sedih terharu dan mcm2 lagi semua ada dalam hati aku.. nk menitis air mata pun ada gak.. ok kira tutup bab.. cedih2 nie.. Lepas agih2kan semua kek.. yg tinggal satu slide aku ..asingkan utk for my eleder daughter ... ( gatal2 x nk mkn ramai2 ) ... so habis sudah bab potong kek.. makan kek.. ...semuanya berakhir dengan sweet memory...yang akan tetap terpahat dalam hati.. aku.. setiap tahun..aku pasti sedih... bila menyambut besday ...bukan kerana tak bersyukur...aku teramat bersyukur...namun sedih.. kenangan manis..akhir tetap tinggal kenangan.. yang pasti hidup harus di teruskan.... life must go on... i will misss all the sweet memory ok.. cukuplah sampai kt sini.. lain kali aku update lagi.. bubaiiii assalammualaikummmmm....

Happy Birthday versi ke2


Tepat jam 10am pagi bos aku sampai... dan mcm biasa aku wish gd morning and she said..nice baju.. baju baru ke? x lah.. baju niee..selalu i pakai cuma selalu i pakai tudung warna lain.. anyway happy birthday to you and this is for you.. hadiah bertukar tangan.. eeeiii x sabar gak nk tgk apa hadiahnya.. aku decide.. petang sikit baru buka hadiah..tp bos suruh tgk masa tu gak.. so aku pun buka beg kertas yg telah pun berpindah tangan itu.. gueesss what?... mestilah korang tak tahu kan.. bos aku hadiahkan hand bag polo.. warna light brown....besar giler beb... ( klu ikut penilian aku lah ) ..pagi nie.. bos aku ada appoitment tp sebelum dia kuar.. dia sempat inform aku.. wada klu i sempat balik on time.. kita keluar pergi lunch ya.. oraitttt... itu yang aku nanti-nantikan tu.. tak sabar nk tunggu lunch.. nk gk tahu.. apa plan bos aku waktu lunch nanti..

Waktu yang di tunggu sudah pun tiba.. bos aku.. tanya.. apa yg aku nk makan? haaahhhh? tanya apa yg aku nk mkn.. manalah aku plan nk mkn kt mana.. aku ingat bos aku dh plan nk mkn kt mana... so aku ckp.. aku teringin gak nk mkn japanese food..tp x berani take risk.. bos aku ajak mkn thai food.. tp aku tak ada rasa nk mkn thai food hari nie.. so aku decide pilih western food.. kami mkn di restoran venizzi italian restoran di somewhere leisure mall area... pada asalnya aku nk order stick..tp bos aku suruh try something different.. so aku order lasagne.. entah apa ke benda tu.. aku pun tak tahu.. klu x leh mkn gak.. mmglah membazir...bos aku plak order set C di mana ada ayam grill dan sedikit sayuran.. makanan bos aku pun sampai.. aku pun entah bila nk sampai.. tetiba waiteres tu dtg.. air manggo soda tak ada.. nk change air lain tak?.. dia suruh aku order soft drink.. ahhh tak nk lah order soft drink.. aku bukan minat minum soft drink.. so aku decide order milk shake.. perisa strawberry... eeeeeiii nampak mcm sedappp.... mmg sedap giler... anyway debaran menunggu food yang aku order telah pun tamat.. wahh berasap siot.. aku start jamah food yg aku order yang entah apa ke bendanya tu.. adoooiii rasa mcm tengah ratah.. lauk berulam chesse aje.. makanan yg aku order tu.. penuh giler dgn chese.. naik mual tekak aku makan.. tp apa kan daya..nk tak nk..kena gak mkn..( the moral of this story.. lain kali jgn gatal2 order makanan yg pelik2 )..eeeeehh.. tp klu x cuba.. kita tak tahu kan? x ada pengalaman kan... anyway.. aku pun rasa versi.. coretan pagi nie.. mcm dh pehujung memandangkan waktu pun seakan mencemburi diri ku... ini saja yang dapat aku coretkan pagi nie..kisah yang berlaku tengahari semalam.. sorry lah lambat update storry nie.. sb semalam lepas balik lunch.. aku ada urgent case... oh ya.. nanti aku updatekan gambar restoran italian tu ya.. tungguuuuuuu coretan happy birthday ku scene... ke 3 plak.. nanti aku updatekan ...jika waktu tak mencemburi ku.. ,,oklah.. aku chow chin chawww.. dulu.. bubai.. assalammualaikummmmm...

Tuesday, November 25, 2008

Happy Birthday

1st thing to say... my coundown time is over.. today is my birthday... today nothing special.. it same like ordinary day.. wake up early in the morning, take shower... pray and breakfast but.. last night during midnite.. during that time i'm already dreaming ( mean ZZZzzzzzzzzz dh tido) suddenly i hear my husband wish me happy birtday c/w the birthday song which come out from his handphone.. i shock.. because i tought his already slepping.. oh dear.. so sweat... i know my husband.. during working day his always sleep early. Ok.. this is another part.. early in the morning.. my elders brother amy and his wife eda...send me sms c/w cake picture...ans say nah ambik kek...semoga pjg umur hehehe.. ( tersenyum aku baca sms nie )..both of them is 2nd person to wish my birthday.. and 3rd person wish is my sister ain.. masa tu nk siap2 gi kerja.. she panggil meet dia kt tingkap..tp aku tengah prepare nk gi kerja.. aku suruh syahindah..my elerder daughter gi tgk apa mak teh nk.. syahindah dtg ckp..ibu..mak teh ckp.. mk teh wish happy birthday kt ibu.. bila dh siap nk gi kerja.. asyraf juga tak lupa wish aku sambil salam aku.. another page of this story.. once i'm arrive at office my little sister...wish me birthday.. ( siap nyanyi happy birthday song lagi) ...and the end of this episod.. for this morning.. my dear frenn... and twins.. norliza... wish me happy bday to u...my dear...may all wishes come true...dn smoga Allah sentiasa memberkati kita semua...sorry tk wish mlm td , wa tdo awal, tk shat... ( x apa sis.. lu dh ingat nk wish dh cukup bagi wa)... oklah.. inilah catatan pagi indah yang dapat aku sharekan di ruangan yang tak berapa besar nie...heheheh.. jom kita jerit... HAPPPPPPPPPPPPPPPPPYYYYYYYYYYYYYY BIRTHDAYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY yeeeeee ...tambah lagi umur ku....heheheheh

Monday, November 24, 2008

HaPpY AnNiVeSaRy

HaPpY AnNiVeSaRy... yes.. genaplah 14 tahun.. aku bernikah dgn suami ku.. Md Rizal Bin Idros.. semoga mahligai yang kami bina nie.. akan tetap utuh hingga ke akhir hayat,......amin......bercerita psl anniversary nie.. teringat aku detik2 pernikahan kami dahulu.. kami bernikah di surau di kawasan perumahan ku.. di bangsar.. kami pilih warna oren lembut utk majlis tersebut.. abg hadiahkan aku seutas rantai utk saat2 batal air sembahyang... apa yg pasti waktu itu...aku terlalu bersyukur.. ke hadrat ilahi.. kerana aku selamat bernikah .. dan tidak menjatuhkan maruah ibu.. ya lah.. aku faham.. betapa susahnya ibu ku menjaga ku... sewaktu kecil, remaja dsb..kenakalan ku dan sebagai.. terlalu banyak ibu ku telan.. namun aku bersyukur...kerana..senakal-nakal aku.. aku tetap menjaga maruah ibu ku.. (maklumlah.. abah dan ibu ku dah berpisah) ... aku kenalah pastikan yang ibu ku berjaya dalam menjaga aku.. even majlis perkahwinan aku.. ayah aku yang.. sibuk uruskan.. aku bersyukur yang amat sangat.. kerana di kurniakan seorg ayah yang amat menyanyangi ku.. dan tidak pernah pilih kasih pada ku.. walaupun aku bukan anak ayah ku..namun ayah ku lah orang yang amat berjasa dapat hidup ku.. AYAH...sesungguhnya.. jasa mu..tidak mampu wada balas..hanya ALLAH yang mampu membalas segala kebaikan ayah... amin.....buat suami tercinta.. happy anniversary yg ke 14 tahun.. I LOVE YOU

Happy Birthday to all my love.....


Bulan august.. adalah bulan yg jugak meriah bagiku.. atau boleh gak di kategori bulan pokailah.. al maklumlah.. bulan nie gaklah.. semua org2 yg paling aku sayang dan rapat dgn ku meraikan harijadi...my hubby and my mum..berkongsi tarikh birthday yg sama iaitu 4.08 di ikuti oleh Atila (anak buah ) dan kakak ipar ku Rosmaanum.... tarikh nie..tak berakhir lagi bila anak buah ku.. Fakrul Afiy...juga meraikan birthdaynya pada 19/08/2008 di ikuti dgn anak buah ku Ina pada 23/08/2008 dan x lupa buat ibu mertua ku 25.08 dan akhir sekali..kakak ipar ku Rosmaanim.. panjangkan list aku..heheh.. tp apa yg ingin aku coretkan di sini ialah.. pada 23/08/2008 baru-baru nie..kami adakan kenduri doa selamat buat meraikan hari lahir ibu mertua ku,,, kami wat masak2 dan panggil adik-beradik... utk sama2 baca doa sebelum majlis memotong kek... diadakan.. kek di sponsor oleh Ina yg juga meraikan hari lahir beliau pada 23/08/2008.. Haaa ini lah kek yang dia sponsor tu.. kek secret recepi tau...sedap... hingga mejilat jari..tp bkn aku yg jilat jari k... Anyway.. november bakal menjelang tiba... well... i'm waiting for it....... who the 1st person will wish on my birthday... on the dottttt.... ? kita tunggu episodnya nanti....x nk ckp byk.. bk kata nabillllllllllll lu fikirlah sendiri.... bubaiiiiiiiii

Friday, November 21, 2008

Happy Birthday Faqiha

Rasanya tak terlambat lagi mak long nk ucapkan appy birthday buat Siti Nur faqiha Haida ..sorry... mak long terlupa.. anyway.. apa agaknya birthday present dari atok utk birthday girls kita nie ya? Apa ! atuk tak kasi present..? ... nanti mak long pesan dgn atuk ..kasi big-big present buat qiha.. Buat Siti Nufaqiha Haida, mak long ucapkan semoga faqiha..senantiasa di rahmati allah.. dan jadilah anak yg solehah.. k.Walaupun Qiha jauh di sana.. namun.. Mak Long tak pernah lupakan Qiha..k... sayang Qiha...muaahhhhh

family trip @ PD


kami sampai PD seawal jam 12pm.. beli pizza for lunch dan terus cari apt. Sampai apt kami solat zohor dan rileks sambil menonton TV..setelah selesai solat asar, kami salin pakaian mandi untuk mandi di laut.. anak-anak aku pun dh tak sabar nk mandi nie.. terutama sekali siti khadijah..walaupun keadaan mata beliau tidak mengizinkan..tp itu semua tidak mematahkan semangat beliau untuk turut sama.. bergembira sakan dgn adik-beradiknya.. setelah penat kami mandi-manda , kami pergi ke kolam pula utk mandi manda.. hingga ke petang.. middle of night adik aku amy dan isterinya zuraida pun tiba.. kami bangkit seawal mungkin sb nk pergi pasar PD sb kami bercadang nk adakan BBQ di PD pada malam nanti..so kenalah wat preparation seawal mungkin.. aku dan eda..prepare breakfast dan food untuk lunch nanti..sb plan kami seawal pagi nie..kami akan adakan game utk anak serta krga.. inilah salah satu foto game kami...waktu itu.. pemenang utk game krga kami tak lain dan tak bukan.. pasangan agresif kami.. iaitu amy dan zuraida.. mrk nie..mmg enjoy.. setelah penat mandi-manda di susuli dgn game bola dlm air.. dan setelah sakit2 badan di buatnya kami naik atas utk prepare BBQ nanti.. akhirnya kami jumpa port utk buat BBQ.. enjoy sakan kami..mana tidaknya..siap ada kek.. sb masa tu hari lahir kakak aku dan abg ipar aku.. gambar x ambik sb waktu.. gelap.. so x dptlah aku nk snap satu 2 utk wat kenangan.. setelah penat mkn dsb..kami..mengambil keputusan utk pulang ke kl memandangkan husbandku ada planning plak pada hari minggu tu.. itulah kisah family holiday di PD.. mmy enjoy..seronok giler.. tahun hadapan .. kt mana plak kami plan nk g holiday nie.. mcm nk g cameron aje.. hehehe cameron...we will come..