Monday, December 22, 2008

Macam-Macam Yang Terjadi,,,,,,,

Huhuhuh dejafera in da house.... ok firstly nak ucapkan assalammulaikum.... semoga kita semua senantiasa di rahmati Allah yang maha esa...

Syukur alhamdullilah.. allah masih lagi memberikan aku peluang dan ruang untuk aku berkongsi pengalaman hidup ku. Weekend ku pada kali nie.. fuhhhhhhhhhhhh macam-macam yang terjadi...pada hari sabtu.. kami terfikir kenduri kahwin yang akan kami pergi.. lalu suami ku menelefon abg ipar ku yang tinggal berdekatan dengan keluarga pengantin. Kami di beritahu bahawa perkahwinan tu berlansung pada hari ahad iaitu 21/12/2008 lalu kami teruskan niatkan kami untuk membawa anak-anak ke " Jom Heboh" . Sibuk mereka nak rasa suasana karnival itu.. so kali nie.. kami berpendapat sempena cuti sekolah.. apa salahnya kami bawa mereka ke karnival tersebut..biarlah mereka rasa apa yang mereka nak rasa...

Pagi sabtu.. kami siap seawal yang mungkin sebab ingin pulang awal dari karnival tersebut.. kami sampai di sana tepat jam 10-30 pagi.. kami mulakan round the karnival dengan memasuki boot my tv3 kids.. ada pertandingan mewarna.. aku bercadang nak daftar anak lelaki ku iaitu Muhamad Asyraf.. tapi suami ku tak benarkan alasan.. tak cukup masa.. nanti tak dapat masuk boot yang lain..

Selepas boot my tv3 kids, aku pergi ke lady's choice.. selepas round boot lady's choice.. aku di siapkan goddie-goddie yang ku fikirkan waktu itu RM5.. so aku rasa murah giler lah.. aku pun ambil.. dan sewaktu nak membayar aku terkejut bila wang ku di kembalikan hanya RM 35-00 sahaja.. barulah aku tahu.. nilai goddie bag tersebut adalah RM15-00 ( tp kira murah gak lah )

Selepas itu kami singgah di beberapa boot tapi kenangan yang paling yang tak boleh aku lupakan adalah selepas boot campbell aku mengikuti suami ku yang waktu itu berada di boot Harian Metro.. waktu itu..juruacaranya tengah kemukakan soalan berkisar tentang filem2 dari Seniman Dr Tan Sri P. Ramlee. Juruacara itu menyanyikan sedikit lirik dari sebuah filem dan penonton hendaklah memberikan jawapannya.. lirik tersebut berbunyi berbegini ... siapa ituuuuuuuu? 2-3 kali gak lah juruacara itu menyebut.. tapi tiada yang memberikan jawapan.. lalu secara tak sengaja aku bersuara.. bujang lapok.. akak ... akak..mari sini berikan jawapan.. alamakkkkkkkkkkkkkkkkkkk.. aku cuma nak berikan jawapan.. bukan nak naik pentas.. nak tangan.. dengan muka yang ala-ala kalau di hiris tak berdarah.. aku naik pentas.. juruacara itu tanya nama dan datang dari mana.. dengan perasaan yang sungguh-sungguh gemuruh aku memberikan maklumat diri ku.. dan beliau bertanya apa jawapannya kak? aku jawab bujang lapuk.. lepas tu dia tanya lagi.. aku minat cerita P. Ramlee ke? aku jawab.. ya.. pas tu dia cakap nyanyi sikit kan? aahhhh sudahhhhh bab yang paling aku tak nak.....

Aku cakap tak nak sambil gelengkan kepala.. ala..kak nyanyi sikit aje kak... ok ok.. akak cuma nyanyi bab nie aje.. siapa ituuuuuu... tak nak terlalu lama berdiri di pentas tersebut.. aku pun menyanyi lirik tersebut... siapa ituuuuu ( hahahahah kali nie.. aku gelakkan diri sendiri ) .. ambik kau wadariah.. tak ada kerja cari kerja...

Aku memenangi 2 tiket wayang.. yang aku sendiri tak pasti.. cerita apa..

Ok..berbalik pada boot Harian Metro nie.. bab aku tak habis lagi.. sewaktu.. aku masih lagi tunggu suami ku membeli surat khabar.. juruacara itu...inginkan penonton menunjukkan bakat dalam tarian shuffle.. oleh kerana aku tahu.. arif dan asyraf selalu..menarikan tarian nie.. aku minta mereka naik ke pentas.. tapi kedua-duanya tak nak.. akhirnya seorang pemuda menawarkan diri.. tapi tarian shuffle pemuda tersebut.. bukanlah tarian shuffle yang di inginkan oleh juruacara tersebut..

Juruacara itu masih ingin penonton menarikan tarian tersebut... abg akhir menolak arif ke depan stage.. arif tak nak.. juruacara tu pujuk arif.. aku pun pujuk arif.. akhirnya beliau naik ke stage tersebut.. mungkin beliau malu.. aku boleh nampak dari riak wajah beliau..gemeruh dsbnya..even masa juruacara tu bertanyakan nama.. beliau hanya menundukkan mukanya sahaja...

Ok dik.. abg nak adik menari shuffle.. nanti jap. abg tengok.. ada tak music shuffle kat handset abg... ok ok.. dik.. deja kita ada music shuffle.. Ok dik kita mulanya.. bila music dah bermula.. arif memulakan gerak tari shuffle.. wah wahh... dah hilang rasa malunya.. lihat sajalah gelagat beliau dalam video yang akan aku attachkan nie..

Wah... wah... wahh.. siapa sangka.. beliau nie.. memang pemalu.. akhirnya beliau dapat semangat menari di depan orang ramai di " Jom Heboh" tu... cayalah ariff,.....

Tak sangka.. pengalaman kami di Karnival " Jom Heboh" itu satu pengalaman yang tak boleh di lupakan.. dan kini.. arif ada cerita tersendiri.. untuk di titipkan dalam karangan beliau nanti... (siapa tahu jika ada soalan mengenai aktiviti cuti sekolah anda )

Anyway.. terlalu banyak kisah yang ingin aku kongsikan di sini..namun rasanya.. key pad ku..hanya terhenti disini.. insyallah.. akan ku titipkan lagi.. kisah-kisah yang menarik.. jika di berikan ruang dan waktu...

ps: enjoy the show...


Tuesday, December 16, 2008

Finally Dua Hati Bersatu

Firstly aku nak ucapkan congratulation my dear frend Nurliza Binti Nordin dengan pasangan jiwanya Mohd Zahari .... finally diri mu selamat di ijabkabul dengan pilihan hati... aku di sini senantiasa mendoakan kebahagiaan diri mu suami isteri.. semoga ikatan yang di menteri ini akan kekal hingga ke akhir hayat.... Majlis bermula lebih kurang jam 5pm.. acara ijabkabul akan di mulakan bila2 masa aje.. aku dapat rasakan debaran hati sahabat ku nie.. ( berdebar2 ya.. sabar ya.. ) dan aku dapat lihat.. wajah Ali sungguh serius.. ( sapa yang tak kecut perut.. semua pengantin lelaki mengalami detik2 nie.. ) kalau ada yang cakap tak kecut perut tu..mmg aku tak percaya.. sebab dah jadi lumrah manusia.. sikit tak banyak...mesti akan rasa kencang degupan jantung di saat nak pegang tangan tok kadi tu... ( tipulah kan...klu tak kecut perut ) oklah.. stop merepek.. berbalik kita pada "bride" kita.. akhirnya.. setelah di soal 2-3 soal.. dan di minta membaca sedikit sebanyak surah dsbnya.. dengan sekali lafaz.. akhirnya teman ku ( bukan teman tapi mesra ya )hehehe.. selamat di ijabkabul kan..Hati ku sungguh gembira , terharu dsb nya bila lihat sahabat ku selamat di ijabkabul kan...

Pada keesokkan harinya adalah hari persandingan kedua-dua mempelai.. aku sepatutnya datang awal waktu itu tapi memandangkan aku ada tanggungjawab yang harus aku di laksanakan so tak dapatlah aku nak datang awal. Setiba aku di majlis tu.. aku terus dapatkan pakcik sahabat ku.... suami ku salam dan pakcik liza terus kata.. ha.. gi lah teman liza kat bilik dia tu.. ya pakcik..

Bertemankan anak dara aku yang paling bongsu... Siti Khadijah.. aku pun masuk bilik sahabat ku.. beliau mengenakan persalinan warna unggu.. wahhhh cun member aku nie..

Tepat jam 2-00 pasangan di raikan dengan paluan kompang.. sahabat ku sempat berpesan.. jangan lupa tepung tawar aku tau.. akhirnya pasangan di satukan di pelamin yang tersergam indah.. sorang demi sorang pihak keluarga lelaki menepung tawar pasangan di susuli dengan bos bos mempelai.. di akhir dengan pihak dari keluarga perempuan.. dan majlis tepung tawar itu.. di akhiri oleh aku.. hahahahah.. korang tak tahu... betapa berdebarnya aku di saat tu.. aku sempat lagi ckp dengan "bride" korang yang dok atas..tapi aku yang dok nervous nie...

Habis majlis tepung tawar...bride ke meja makan pengantin... wah wahh.. berselera teman aku makan...almaklumlah.. skrg makan berteman... siap ada epilog suap menyuap lagi.. cewah... wah.. senyum simpul member aku nie..

Oh penantian satu penyeksaan.. lama nya pengantin nie.. bersantap.. ( mungkin sebab kalau kita menunggu tu..waktu seakan terasa lambat berlalu ) aku akhirnya mendapatkan pengantin untuk memberitahu. aku nk chow.. tapi nak abadikan sekeping gambar mereka berdua di pelamin dengan kami sekeluarga..

Finally dapat gak aku ambil gambar dengan bride atas pelamin.. lihatlah hasilnya.. cantik tak pelamin nie.?..aku yang jumpa tema nie.. so klu ada sapa-sapa berminat leh lah hubungi aku.. don't worry.. aku tak kenakan bayaran punnn.. just buat amal jariah aje.. heheheh...

Oklah.. dah panjang lebar rasanya aku coretkan..detik-detik indah sahabat karib ku nie..

Akhir kata dari ku.. jadilah isteri yang solehah.. dan ingatlah.. wahai sahabat ku.. Love is never be end......

bubaiiiiii


ps: oh ya..buat masa nie.. tak dapat nk upload foto..insyallah aku akan upload kan foto persandingan tu...

Thursday, December 11, 2008

Kisah Di sebalik Takbir Raya

Tepat jam 5-30pm suami ku sampai di pejabat ku dan macam biasa aku turun agak lewat sebab ada sedikit kerja yang harus di selesaikan.. sebaik saja aku turun macam biasa aku akan tanya..nak masak apa dan hari ini abang pergi rumah sapa untuk takbir raya.. suami ku cakap hari ini gi rumah haji dan rumah Ibrahim, aku pun tanya Ibrahim mana? ( memandangkan di kawasan perumahan kami ada 2 org nama yang sama ) Ibrahim Blok 9. Oh...ya ke? Habis tu abg nak buat takbir ke? maklumlah rumah aku dan rumah Ibrahim nie sama blok so aku inginkan kepastian dari suami ku memandangkan Hari Raya Aidilfitri kami tidak dapat melaksanakan hajat kami.Itulah abg tengah fikirlah nie.. mcm mana nk cari ruang untuk tetamu duduk.. meja makan kita saja dah sempit kan ruang tamu kita... on the way back home.. kt atas motor.. abg decide untuk letakkan meja makan ke ruang dapur..

Setiba kami di rumah.. abg tukar baju dan terus alihkan meja makan ke ruang dapur dsbnya. Finally dapatlah kami ruangan untuk guess incase kalau kami jadi buat takbir raya..Setelah solat aku kedapur.. tak sedar plak suami ku ke surau... aku agak panik gak nie sb tak tahu jadi ke suami ku buat majlis takbir raya.. aku lantas ke rumah mak..nk mintak tolong adik ku amy atau ain untuk hantarkan ku ke jusco untuk beli kuih bahulu... tapi amy nk balik manakala ain plak aku takut tak biasa dgn kereta ku.. so aku decide balik dulu confirm dengan abg.. by sms jadi ke suami ku buat majlis tu.. waktu aku sedang sms tu...aku dapat idea.. what not..kalau aku buat jemput-jemput udang aje.. udang pun banyak kat peti ais.. aku hantar sms kt suami ku.. klu confirm nk buat.. aku nak masak jemput2 so please confirm cepat takut tak sempat nk masak.. akhirnya suami ku agreed. So aku pun apa lagi..mcm lipas kudung wat preparation..mana tak.. nk keluarkan Tea set lagi dan keluarkan piring untuk makan ais krim lagi dan mcm2 lagi.. adoooiii penat dan stress gak lah wat benda last2 minit.. ni..

Syukur alhamdulillah... akhirnya perjalanan majlis kami berjalan dengan lancar... ini ajelah yang dapat aku sajikan.

Akhirnya detik2 yang aku nantikan tiba, tetamu hadir tepat jam 10.00 setelah tetamu duduk majlis di mulakan tepat jam 11-15. Setelah selesai Takbir Raya dan di susuli dengan bacaan doa.. tetamu menjamah makanan yang aku hidang.. tapi yang paling of course.. ais krim lah kan... tak cukup.. tapi nak buat macam mana.. itu aje yang ada..

Oklah.. rasanya cukup sampai di sini episod.. Takbir Raya..pada tahun nie.. insyallah di murahkan rezeki.. di panjangkan umur.. .. akhir kata dari ku.. Kita Hanya Merancang.. Allah yang menentukan.. amin...

ps: video nie.. aku ambil waktu guest tengah makan..

Wednesday, December 10, 2008

Takbir Raya

Syukur alhamdullilah, akhirnya tertunai juga hajat kami suami isteri untuk lakukan majlis Takbir Raya pada tahun nie...memandangkan pada hari raya aidilfitri aku tidak dapat melaksanakannya atas permintaan ibu mertua ku yang ingin melakukan majlis takbir pada waktu itu.. apa yang aku mampu kata...walaupun penat namun ianya berbaloi...memang berbaloi.. syukur alhamdulilah ke hadrat illahi kerna menunaikan hajat kami.....amin... kita semua mampu merancang...namun Allah lebih mengetahui.. itu lah yang terjadi pada majlis kami yang serba serderhana ni... pada asalnya kami tidak lansung bercadang untuk melakukan majlis takbir memandangkan kami tiada peruntukkan kewangan ke arah itu..namun memang benar kata pepatah..nak seribu daya tak nak seribu dalih... berbekalkan ais krim dan jemput-jemput udang yang aku masak secara mengejut..majlis kami menjadi sungguh meriah.. hingga ada yang berkata.. rizal nie.. bijak lah.. mengatur menu dia.. kat atas ( mean rumah jiran kami ) dah ada heavy food..so dia prepare dessert untuk kita.. that goodsss... syukur alhamdullilah...

Entah kenapa.. waktu tengahari di kala syahindah menelefon ku.. aku sempat berpesan.. kemas rumah tu.. abah mungkin nak ubah suai meja makan... tak tahu kenapa hati nie...terdetik berkata sedemikian.. namun inilah jawapannya.. bila kami dah ubahsuai meja makan letakkan di ruang dapur..kami akhirnya dapat ruang yang luas untuk menempatkan tetamu yang hadir.. tengok sajalah klip video yang aku attachkan di ruangan nie.. penuh kan.. kalau tak ubah meja makan..mesti tak muat..

Inilah kitaran hidup ku yang sungguh indah sekali.. allah merencanakan untuk ku dengan sempurna....

Allah maha besar.. allah maha besar.. pengorbanan kami sekeluarga pada hari raya aidilfitri baru-baru nie akhirnya mendapat kenikmatan yang tak terhingga pada hari raya aidil adha... amin...

Oklah..rasanya cukup sampai di sini yang mampu saya kongsikan bersama keluarga serta teman-teman semua.. akhirnya dari saya.. love is never be end....

p/s : hayatilah klip video nie..