Huhuhuh dejafera in da house.... ok firstly nak ucapkan assalammulaikum.... semoga kita semua senantiasa di rahmati Allah yang maha esa...
Syukur alhamdullilah.. allah masih lagi memberikan aku peluang dan ruang untuk aku berkongsi pengalaman hidup ku. Weekend ku pada kali nie.. fuhhhhhhhhhhhh macam-macam yang terjadi...pada hari sabtu.. kami terfikir kenduri kahwin yang akan kami pergi.. lalu suami ku menelefon abg ipar ku yang tinggal berdekatan dengan keluarga pengantin. Kami di beritahu bahawa perkahwinan tu berlansung pada hari ahad iaitu 21/12/2008 lalu kami teruskan niatkan kami untuk membawa anak-anak ke " Jom Heboh" . Sibuk mereka nak rasa suasana karnival itu.. so kali nie.. kami berpendapat sempena cuti sekolah.. apa salahnya kami bawa mereka ke karnival tersebut..biarlah mereka rasa apa yang mereka nak rasa...
Pagi sabtu.. kami siap seawal yang mungkin sebab ingin pulang awal dari karnival tersebut.. kami sampai di sana tepat jam 10-30 pagi.. kami mulakan round the karnival dengan memasuki boot my tv3 kids.. ada pertandingan mewarna.. aku bercadang nak daftar anak lelaki ku iaitu Muhamad Asyraf.. tapi suami ku tak benarkan alasan.. tak cukup masa.. nanti tak dapat masuk boot yang lain..
Selepas boot my tv3 kids, aku pergi ke lady's choice.. selepas round boot lady's choice.. aku di siapkan goddie-goddie yang ku fikirkan waktu itu RM5.. so aku rasa murah giler lah.. aku pun ambil.. dan sewaktu nak membayar aku terkejut bila wang ku di kembalikan hanya RM 35-00 sahaja.. barulah aku tahu.. nilai goddie bag tersebut adalah RM15-00 ( tp kira murah gak lah )
Selepas itu kami singgah di beberapa boot tapi kenangan yang paling yang tak boleh aku lupakan adalah selepas boot campbell aku mengikuti suami ku yang waktu itu berada di boot Harian Metro.. waktu itu..juruacaranya tengah kemukakan soalan berkisar tentang filem2 dari Seniman Dr Tan Sri P. Ramlee. Juruacara itu menyanyikan sedikit lirik dari sebuah filem dan penonton hendaklah memberikan jawapannya.. lirik tersebut berbunyi berbegini ... siapa ituuuuuuuu? 2-3 kali gak lah juruacara itu menyebut.. tapi tiada yang memberikan jawapan.. lalu secara tak sengaja aku bersuara.. bujang lapok.. akak ... akak..mari sini berikan jawapan.. alamakkkkkkkkkkkkkkkkkkk.. aku cuma nak berikan jawapan.. bukan nak naik pentas.. nak tangan.. dengan muka yang ala-ala kalau di hiris tak berdarah.. aku naik pentas.. juruacara itu tanya nama dan datang dari mana.. dengan perasaan yang sungguh-sungguh gemuruh aku memberikan maklumat diri ku.. dan beliau bertanya apa jawapannya kak? aku jawab bujang lapuk.. lepas tu dia tanya lagi.. aku minat cerita P. Ramlee ke? aku jawab.. ya.. pas tu dia cakap nyanyi sikit kan? aahhhh sudahhhhh bab yang paling aku tak nak.....
Aku cakap tak nak sambil gelengkan kepala.. ala..kak nyanyi sikit aje kak... ok ok.. akak cuma nyanyi bab nie aje.. siapa ituuuuuu... tak nak terlalu lama berdiri di pentas tersebut.. aku pun menyanyi lirik tersebut... siapa ituuuuu ( hahahahah kali nie.. aku gelakkan diri sendiri ) .. ambik kau wadariah.. tak ada kerja cari kerja...
Aku memenangi 2 tiket wayang.. yang aku sendiri tak pasti.. cerita apa..
Ok..berbalik pada boot Harian Metro nie.. bab aku tak habis lagi.. sewaktu.. aku masih lagi tunggu suami ku membeli surat khabar.. juruacara itu...inginkan penonton menunjukkan bakat dalam tarian shuffle.. oleh kerana aku tahu.. arif dan asyraf selalu..menarikan tarian nie.. aku minta mereka naik ke pentas.. tapi kedua-duanya tak nak.. akhirnya seorang pemuda menawarkan diri.. tapi tarian shuffle pemuda tersebut.. bukanlah tarian shuffle yang di inginkan oleh juruacara tersebut..
Juruacara itu masih ingin penonton menarikan tarian tersebut... abg akhir menolak arif ke depan stage.. arif tak nak.. juruacara tu pujuk arif.. aku pun pujuk arif.. akhirnya beliau naik ke stage tersebut.. mungkin beliau malu.. aku boleh nampak dari riak wajah beliau..gemeruh dsbnya..even masa juruacara tu bertanyakan nama.. beliau hanya menundukkan mukanya sahaja...
Ok dik.. abg nak adik menari shuffle.. nanti jap. abg tengok.. ada tak music shuffle kat handset abg... ok ok.. dik.. deja kita ada music shuffle.. Ok dik kita mulanya.. bila music dah bermula.. arif memulakan gerak tari shuffle.. wah wahh... dah hilang rasa malunya.. lihat sajalah gelagat beliau dalam video yang akan aku attachkan nie..
Wah... wah... wahh.. siapa sangka.. beliau nie.. memang pemalu.. akhirnya beliau dapat semangat menari di depan orang ramai di " Jom Heboh" tu... cayalah ariff,.....
Tak sangka.. pengalaman kami di Karnival " Jom Heboh" itu satu pengalaman yang tak boleh di lupakan.. dan kini.. arif ada cerita tersendiri.. untuk di titipkan dalam karangan beliau nanti... (siapa tahu jika ada soalan mengenai aktiviti cuti sekolah anda )
Anyway.. terlalu banyak kisah yang ingin aku kongsikan di sini..namun rasanya.. key pad ku..hanya terhenti disini.. insyallah.. akan ku titipkan lagi.. kisah-kisah yang menarik.. jika di berikan ruang dan waktu...
ps: enjoy the show...
Berita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment