Sunday, April 7, 2019

The Light of Acheh - Hari Pertama

01/04/2019

Assalammualaikum...

Dah hampir 9 tahun rupanya  tidak update  blog ini.. Kenangan di Banda Acheh membuatkan hati ini terpanggil untuk menulis blog semula. Di harap catatan ini mampu memberi manafaat pada diri khususnya dan pada yang lain amnya. 

Kami menaiki ✈ Air Asia jam 7.30 am ke Banda Acheh. Alhamdulillah jam 9.00am waktu tempatan  kami sampai di Sultan Iskandar Muda Airport, Banda Acheh. Keluar sahaja dari airport nampak papan nama sahabat kami. Beliau mengenalkan diri sebagai Deni juru pandu untuk Trip ini. 

Mulakan perjalanan beliau mengajak kami untuk minum pagi di  salah sebuat restaurant yang popular di Banda Acheh iaitu " SOLONG COFFE" Ulee Kareng . Kami  di fahamkan di Acheh ini sangat terkenal dengan 1001 Warung Kopi. Kiri kanan jalan kebanyakkannya semua kedai dan warung kopi. Di Acheh minum kopi adalah rutin mereka selepas seharian penat keluar berkerja.

Restaurant Solong Coffee sangat popular & pernah di kunjungi oleh Presiden Indonesia iaitu Jokowi. Saya juga berkesempatan melihat biji kopi di proses di kedai tersebut. Di meja kami terdapat pelbagai jenis kuih muih yg seakan sama dgn kuih muih yang terdapat di Malaysia. My Cinta Hati sempat juga mencuba Nasi Lemak Acheh,,Hmmm not bad rasanya.. sedapp.

Saya order Kopi Sanger bermaksud Kopi Susu & My Cinta Hati pesan Kopi Hitam. Deni minta kami utk mencuba Kopi Sanger Expresso. Wow.. Kopi Sanger Expresso ini mmg kaw.. rasa mcm minum Kopi di McD. Ini lah Kopi Sanger Expresso..


Selesai minum, Deni bawa kami shopping Kopi di Ulee Kareng Showroom. Deni ckp tak lengkap Ole2nya jika tidak membeli Kopi. Jarak "Solong Coffee" ke showroom tu dalam 3 minit shj. Staft mereka sangat peramah.. saya tanya ada tester utk  Arabica White Cofee? Beliau jawab tiada tapi jika ibu ingin mencuba saya bancuhkan, terus berbunga hati dpt rasa before decide nak beli.
ULEE Kareng Showroom 
Settle shopping Kopi, kami ke Muzium Tsunami Acheh. Bayaran tiket masuk sebyk Rp10K utk Foreigner & Utk Local pula Rp3K utk Dewasa & Rp2K utk Kanak2. Terdapat 6 ruang pameran di Muzium ini.

Harga Tiket Masuk 
Susur jalan masuk ke ruang pertama, kita akan lalu lorong gelap yg basah & sayup2 ombak yg membuat hati kita rasa berdebar & sedih. 

Ruang Pameran Pertama 
Di sediakan koleksi gambar2 waktu kejadian.

Ruang Pameran Ke 2
Ruangan ini di namakan "Ruang Sumur Do'a". Di ruangan  ini terdapat  senarai nama2 yang terkorban sewaktu Tsunami & kami di fahamkan ada juga mangsa yang TIDAK di temui. Masuk di ruang ini perasaan mmg rasa sebak & sedih. Marilah sama2 kita sedekah Al-Fatihah buat mereka. 
Ruang Sumur Do'a

Ruang Pameran Ke 3
Belum hilang sayu di hati kami menyusur jalan yang berpusing2 , Jalan yg berpusing2 itu  seperti mengambar rasa/perasaan di lambung ombak yang bergulung2 waktu itu (yg diceritakan oleh Deni). Di penghujung laluan tersebut  kami ada jejantas  & di atas ruang udara jejantas  itu terdapat Bendera2 Dunia yang datang memberi bantuan kemanusian di Acheh.Pengawai bertugas di sana memberitahu Negara Malaysia adalah penyumbang terbesar dalam misi Bantuan Kemanusian di Acheh..gigih saya & suami  mencari bendera Malaysia..😁😁

"SAYA BANGGA JADI RAKYAT MALAYSIA " 








Ruang Pameran Ke 4

Ruang ini adalah bilik audio visual yang menyediakan dokumentari mengenai Tsunami yang di layarkan pada skrin seperti di Mini Panggung. Di sini tidak boleh ambik gambar & video. Hati tissue ini apa lagi berderailah air mata saat menyaksikan dokumentari tersebut.

Ruang Pameran Ke 5 & 6
Ruangan negara2 yang membantu Negara Acheh dari rangka pembangunan semula & bilik pameran koleksi barang2 yang di jumpai selepas Tsunami terutama sekali naskah2 Al-Quran ya nama2 negara yang membantu Acheh.


Habis melawat Muzium Tsunami Acheh, kami makan siang di Rumah Makan Kembang Tanjung. Saya makan burung goreng & Jeruk Udang. Selepas lunch kami terus ke Hotel utk check in. Kami stay di Arabia Hotel. RM150 atau Rp450K utk Deluxe Room (inc Breakfast). Hotel bersih, staft peramah, menu2 tempatan utk breakfast pun sedap.
Arabia Hotel 


Add caption

Jam 6.30pm kami berkumpul di Lobi utk ke Masjid Raya Baiturrahman. Di ceritakan seakty Tsunami walaupun sekitar Banda Acheh air menganas & bergulung2 namun di sekitar kawasan masjid air yang menganas itu menjadi tenang sahaja . ALLAH HU AKHBAR 

Masjid Raya Baiturrahman 
Selesai sembahyang jamak di Masjid Raya Baiturrahman, kami makan malam di Mie Razali untuk rasakan keenakkan Mee Acheh salah satu daya tarikan selain dari Kopi. Mie Razali ini juga adalah kedai tumpuan ramai kerana pernah juga di kunjungi oleh Presiden Indonesia. Deni mengsyorkan kami makan Mee Kepiting iaitu Mee Ketam. Oleh kerana takut tak sedap saya order satu piring untuk di kongsi bersama suami. Hhhmmm menyesal pula order sepiring.. sedap rupanya Mee Acheh ini..before balik mmg kena repeat makan Mee Acheh..

Mee Kepiting 
Settle dinner , kami balik semuka ke Hotel untuk beristirehat kerana esok kami harus ke Pasantren PUSKIYAI di Acheh Barat Daya untuk sambutan acara Israk Mikraj. Kami akan mulakan perjalanan pagi kerana dari Banda Acheh ke Acheh Barat Daya mengambil masa sekitar 7-8 Jam ( tanpa berhenti )

Ini sahaja coretan untuk Hari pertama saya di Banda Acheh. InsyaAllah jika di izinkan waktu saya akan kongsikan perjalanan kami di Puskiyai nanti...

Coretan dari Banda Acheh
01/04/2019

Sunday, July 24, 2011



Assalammualaikum To All My Family & Fren






Dah lama rasanya tak coret kisah2 yang berlaku dalam hidup ku. Banyak pekara suka dan duka telah aku lalui yang banyak mematangkan aku. Hari ini aku ingin kongsikan kisah anak kecil ku...Siti Khadijah. Beliau berpeluang melibatkan diri dalam Pertandingan Festival Lakon Sihat. Sekolah beliau terpilih mendapat tempat ke-3 . Walaupun tidak mendapat tempat pertama namun aku bersyukur hasil jerih penatnya berbayar setelah piala di julang. My lovely daughter.. I'm pround of you,,,sayang...Ibu harap dengan kejayaan nie akan dapat menambahkan lagi keyakinan dalam diri adik tau..






Love u

Saturday, June 19, 2010

Kini Ku Kembali

Assalammualaikum

Dah lama rasanya tidak ku luangkan masa untuk mencoretkan kisah suka dan duka ku. Kini ku kembali, tiada yang pasti kenapa aku kembali namun mungkin ada rasa yang terbuku di hati yang tidak mampu ku ucapkan dengan kata-kata.

Welcome to my world.. itu yang selalu ku ucapkan tapi kini aku tak ingin ada ibu yang berada dalam dunia ku sekarang.. Biarlah apa yang aku alami tidak di alami oleh ibu-ibu di luar sana.

Sungguh kuat dugaan untuk aku bergelar status ibu dalam menghadapi kehidupan seharian yang sungguh mencabar dalam mendidik anak-anak generasi yang terkini yang bukan saja tidak mahu mendengar kata malah asyik nak kita sahaja mendengar kata mereka.

Kata pujukan, rayuan dan sebagainya telah di lakukan.. tak tahu apa lagi yang mampu aku lakukan. Yang mampu aku lakukan kini hanya berserah semoga suatu hari nanti , beliau tahu macam perasan aku bila di perlakukan seperti ini.

Wahai anak ku.. janganlah kau tak sempat memanggil nama ibu itu baru kau ingin rasa menyesal.. Waktu itu .... dah terlambat anak ku.....................

Friday, July 3, 2009

Ku Berserah

Tiada air mata mampu ibu alirkan.. tiada kata yang mampu ibu ucapkan.. ku berserah pada Allah... walaupun aku sebagai ibunya..namun aku kini hanya mampu berserah.. aku dah lakukan yang terbaik untuk beliau yang bergelar "anak". Nasihat, pujuk rayu, hadiah dsbnya namun itu semua tidak dapat menandingi "syaitan" yang mungkin dah bersarang di hati mu wahai anak ku..

Di kala ini apa yang mampu ibu lakukan hanyalah berdoa... moga diri mu di berikan hidayah.. hanya itu yang mampu ibu lakukan..

Ibu kini hanya menunggu 21/07/2009 untuk keputusan mengenai kemungkinan ibu akan menjalani pembedahan kecil.. namun jauh di sudut hati ibu telah terdetik..andai ibu menjalani.. pembedahan itu.. ibu tidak akan sesekali memberitahu diri mu wahai anak ku.. bukan ibu tak sayang.. tapi ibu tahu.. diri ibu sudah tiada di hati mu..

Ibu umpama pengemis yang mengemis agar di kembalikan anak ibu yang dahulu.. yang dulu seorang yang periang, gembira..

Wahai anakku.. andai diri mu terbaca warkah ini.. ketahuilah diri mu wahai anakku.. Dunia dan Akhirat.. diri mu tetap anak ibu...

Amin....moga diri mu mendapat hidayah dari yang maha esa....

Monday, June 29, 2009

Geram

jap.. nak pinjam ruang nie.. untuk luahkan rasa geram di hati... bila lah rumah aku nak siap renovation nie.. asyik delay aje ..penat nak kemas pasir aje.. please.. lah.. cepatlah siapkan rumah aku nie.. dah tak tahan duduk dalam keadaaan rumah kacau bilau ...

Monday, December 22, 2008

Macam-Macam Yang Terjadi,,,,,,,

Huhuhuh dejafera in da house.... ok firstly nak ucapkan assalammulaikum.... semoga kita semua senantiasa di rahmati Allah yang maha esa...

Syukur alhamdullilah.. allah masih lagi memberikan aku peluang dan ruang untuk aku berkongsi pengalaman hidup ku. Weekend ku pada kali nie.. fuhhhhhhhhhhhh macam-macam yang terjadi...pada hari sabtu.. kami terfikir kenduri kahwin yang akan kami pergi.. lalu suami ku menelefon abg ipar ku yang tinggal berdekatan dengan keluarga pengantin. Kami di beritahu bahawa perkahwinan tu berlansung pada hari ahad iaitu 21/12/2008 lalu kami teruskan niatkan kami untuk membawa anak-anak ke " Jom Heboh" . Sibuk mereka nak rasa suasana karnival itu.. so kali nie.. kami berpendapat sempena cuti sekolah.. apa salahnya kami bawa mereka ke karnival tersebut..biarlah mereka rasa apa yang mereka nak rasa...

Pagi sabtu.. kami siap seawal yang mungkin sebab ingin pulang awal dari karnival tersebut.. kami sampai di sana tepat jam 10-30 pagi.. kami mulakan round the karnival dengan memasuki boot my tv3 kids.. ada pertandingan mewarna.. aku bercadang nak daftar anak lelaki ku iaitu Muhamad Asyraf.. tapi suami ku tak benarkan alasan.. tak cukup masa.. nanti tak dapat masuk boot yang lain..

Selepas boot my tv3 kids, aku pergi ke lady's choice.. selepas round boot lady's choice.. aku di siapkan goddie-goddie yang ku fikirkan waktu itu RM5.. so aku rasa murah giler lah.. aku pun ambil.. dan sewaktu nak membayar aku terkejut bila wang ku di kembalikan hanya RM 35-00 sahaja.. barulah aku tahu.. nilai goddie bag tersebut adalah RM15-00 ( tp kira murah gak lah )

Selepas itu kami singgah di beberapa boot tapi kenangan yang paling yang tak boleh aku lupakan adalah selepas boot campbell aku mengikuti suami ku yang waktu itu berada di boot Harian Metro.. waktu itu..juruacaranya tengah kemukakan soalan berkisar tentang filem2 dari Seniman Dr Tan Sri P. Ramlee. Juruacara itu menyanyikan sedikit lirik dari sebuah filem dan penonton hendaklah memberikan jawapannya.. lirik tersebut berbunyi berbegini ... siapa ituuuuuuuu? 2-3 kali gak lah juruacara itu menyebut.. tapi tiada yang memberikan jawapan.. lalu secara tak sengaja aku bersuara.. bujang lapok.. akak ... akak..mari sini berikan jawapan.. alamakkkkkkkkkkkkkkkkkkk.. aku cuma nak berikan jawapan.. bukan nak naik pentas.. nak tangan.. dengan muka yang ala-ala kalau di hiris tak berdarah.. aku naik pentas.. juruacara itu tanya nama dan datang dari mana.. dengan perasaan yang sungguh-sungguh gemuruh aku memberikan maklumat diri ku.. dan beliau bertanya apa jawapannya kak? aku jawab bujang lapuk.. lepas tu dia tanya lagi.. aku minat cerita P. Ramlee ke? aku jawab.. ya.. pas tu dia cakap nyanyi sikit kan? aahhhh sudahhhhh bab yang paling aku tak nak.....

Aku cakap tak nak sambil gelengkan kepala.. ala..kak nyanyi sikit aje kak... ok ok.. akak cuma nyanyi bab nie aje.. siapa ituuuuuu... tak nak terlalu lama berdiri di pentas tersebut.. aku pun menyanyi lirik tersebut... siapa ituuuuu ( hahahahah kali nie.. aku gelakkan diri sendiri ) .. ambik kau wadariah.. tak ada kerja cari kerja...

Aku memenangi 2 tiket wayang.. yang aku sendiri tak pasti.. cerita apa..

Ok..berbalik pada boot Harian Metro nie.. bab aku tak habis lagi.. sewaktu.. aku masih lagi tunggu suami ku membeli surat khabar.. juruacara itu...inginkan penonton menunjukkan bakat dalam tarian shuffle.. oleh kerana aku tahu.. arif dan asyraf selalu..menarikan tarian nie.. aku minta mereka naik ke pentas.. tapi kedua-duanya tak nak.. akhirnya seorang pemuda menawarkan diri.. tapi tarian shuffle pemuda tersebut.. bukanlah tarian shuffle yang di inginkan oleh juruacara tersebut..

Juruacara itu masih ingin penonton menarikan tarian tersebut... abg akhir menolak arif ke depan stage.. arif tak nak.. juruacara tu pujuk arif.. aku pun pujuk arif.. akhirnya beliau naik ke stage tersebut.. mungkin beliau malu.. aku boleh nampak dari riak wajah beliau..gemeruh dsbnya..even masa juruacara tu bertanyakan nama.. beliau hanya menundukkan mukanya sahaja...

Ok dik.. abg nak adik menari shuffle.. nanti jap. abg tengok.. ada tak music shuffle kat handset abg... ok ok.. dik.. deja kita ada music shuffle.. Ok dik kita mulanya.. bila music dah bermula.. arif memulakan gerak tari shuffle.. wah wahh... dah hilang rasa malunya.. lihat sajalah gelagat beliau dalam video yang akan aku attachkan nie..

Wah... wah... wahh.. siapa sangka.. beliau nie.. memang pemalu.. akhirnya beliau dapat semangat menari di depan orang ramai di " Jom Heboh" tu... cayalah ariff,.....

Tak sangka.. pengalaman kami di Karnival " Jom Heboh" itu satu pengalaman yang tak boleh di lupakan.. dan kini.. arif ada cerita tersendiri.. untuk di titipkan dalam karangan beliau nanti... (siapa tahu jika ada soalan mengenai aktiviti cuti sekolah anda )

Anyway.. terlalu banyak kisah yang ingin aku kongsikan di sini..namun rasanya.. key pad ku..hanya terhenti disini.. insyallah.. akan ku titipkan lagi.. kisah-kisah yang menarik.. jika di berikan ruang dan waktu...

ps: enjoy the show...


Tuesday, December 16, 2008

Finally Dua Hati Bersatu

Firstly aku nak ucapkan congratulation my dear frend Nurliza Binti Nordin dengan pasangan jiwanya Mohd Zahari .... finally diri mu selamat di ijabkabul dengan pilihan hati... aku di sini senantiasa mendoakan kebahagiaan diri mu suami isteri.. semoga ikatan yang di menteri ini akan kekal hingga ke akhir hayat.... Majlis bermula lebih kurang jam 5pm.. acara ijabkabul akan di mulakan bila2 masa aje.. aku dapat rasakan debaran hati sahabat ku nie.. ( berdebar2 ya.. sabar ya.. ) dan aku dapat lihat.. wajah Ali sungguh serius.. ( sapa yang tak kecut perut.. semua pengantin lelaki mengalami detik2 nie.. ) kalau ada yang cakap tak kecut perut tu..mmg aku tak percaya.. sebab dah jadi lumrah manusia.. sikit tak banyak...mesti akan rasa kencang degupan jantung di saat nak pegang tangan tok kadi tu... ( tipulah kan...klu tak kecut perut ) oklah.. stop merepek.. berbalik kita pada "bride" kita.. akhirnya.. setelah di soal 2-3 soal.. dan di minta membaca sedikit sebanyak surah dsbnya.. dengan sekali lafaz.. akhirnya teman ku ( bukan teman tapi mesra ya )hehehe.. selamat di ijabkabul kan..Hati ku sungguh gembira , terharu dsb nya bila lihat sahabat ku selamat di ijabkabul kan...

Pada keesokkan harinya adalah hari persandingan kedua-dua mempelai.. aku sepatutnya datang awal waktu itu tapi memandangkan aku ada tanggungjawab yang harus aku di laksanakan so tak dapatlah aku nak datang awal. Setiba aku di majlis tu.. aku terus dapatkan pakcik sahabat ku.... suami ku salam dan pakcik liza terus kata.. ha.. gi lah teman liza kat bilik dia tu.. ya pakcik..

Bertemankan anak dara aku yang paling bongsu... Siti Khadijah.. aku pun masuk bilik sahabat ku.. beliau mengenakan persalinan warna unggu.. wahhhh cun member aku nie..

Tepat jam 2-00 pasangan di raikan dengan paluan kompang.. sahabat ku sempat berpesan.. jangan lupa tepung tawar aku tau.. akhirnya pasangan di satukan di pelamin yang tersergam indah.. sorang demi sorang pihak keluarga lelaki menepung tawar pasangan di susuli dengan bos bos mempelai.. di akhir dengan pihak dari keluarga perempuan.. dan majlis tepung tawar itu.. di akhiri oleh aku.. hahahahah.. korang tak tahu... betapa berdebarnya aku di saat tu.. aku sempat lagi ckp dengan "bride" korang yang dok atas..tapi aku yang dok nervous nie...

Habis majlis tepung tawar...bride ke meja makan pengantin... wah wahh.. berselera teman aku makan...almaklumlah.. skrg makan berteman... siap ada epilog suap menyuap lagi.. cewah... wah.. senyum simpul member aku nie..

Oh penantian satu penyeksaan.. lama nya pengantin nie.. bersantap.. ( mungkin sebab kalau kita menunggu tu..waktu seakan terasa lambat berlalu ) aku akhirnya mendapatkan pengantin untuk memberitahu. aku nk chow.. tapi nak abadikan sekeping gambar mereka berdua di pelamin dengan kami sekeluarga..

Finally dapat gak aku ambil gambar dengan bride atas pelamin.. lihatlah hasilnya.. cantik tak pelamin nie.?..aku yang jumpa tema nie.. so klu ada sapa-sapa berminat leh lah hubungi aku.. don't worry.. aku tak kenakan bayaran punnn.. just buat amal jariah aje.. heheheh...

Oklah.. dah panjang lebar rasanya aku coretkan..detik-detik indah sahabat karib ku nie..

Akhir kata dari ku.. jadilah isteri yang solehah.. dan ingatlah.. wahai sahabat ku.. Love is never be end......

bubaiiiiii


ps: oh ya..buat masa nie.. tak dapat nk upload foto..insyallah aku akan upload kan foto persandingan tu...