Sunday, April 7, 2019

The Light of Acheh - Hari Pertama

01/04/2019

Assalammualaikum...

Dah hampir 9 tahun rupanya  tidak update  blog ini.. Kenangan di Banda Acheh membuatkan hati ini terpanggil untuk menulis blog semula. Di harap catatan ini mampu memberi manafaat pada diri khususnya dan pada yang lain amnya. 

Kami menaiki ✈ Air Asia jam 7.30 am ke Banda Acheh. Alhamdulillah jam 9.00am waktu tempatan  kami sampai di Sultan Iskandar Muda Airport, Banda Acheh. Keluar sahaja dari airport nampak papan nama sahabat kami. Beliau mengenalkan diri sebagai Deni juru pandu untuk Trip ini. 

Mulakan perjalanan beliau mengajak kami untuk minum pagi di  salah sebuat restaurant yang popular di Banda Acheh iaitu " SOLONG COFFE" Ulee Kareng . Kami  di fahamkan di Acheh ini sangat terkenal dengan 1001 Warung Kopi. Kiri kanan jalan kebanyakkannya semua kedai dan warung kopi. Di Acheh minum kopi adalah rutin mereka selepas seharian penat keluar berkerja.

Restaurant Solong Coffee sangat popular & pernah di kunjungi oleh Presiden Indonesia iaitu Jokowi. Saya juga berkesempatan melihat biji kopi di proses di kedai tersebut. Di meja kami terdapat pelbagai jenis kuih muih yg seakan sama dgn kuih muih yang terdapat di Malaysia. My Cinta Hati sempat juga mencuba Nasi Lemak Acheh,,Hmmm not bad rasanya.. sedapp.

Saya order Kopi Sanger bermaksud Kopi Susu & My Cinta Hati pesan Kopi Hitam. Deni minta kami utk mencuba Kopi Sanger Expresso. Wow.. Kopi Sanger Expresso ini mmg kaw.. rasa mcm minum Kopi di McD. Ini lah Kopi Sanger Expresso..


Selesai minum, Deni bawa kami shopping Kopi di Ulee Kareng Showroom. Deni ckp tak lengkap Ole2nya jika tidak membeli Kopi. Jarak "Solong Coffee" ke showroom tu dalam 3 minit shj. Staft mereka sangat peramah.. saya tanya ada tester utk  Arabica White Cofee? Beliau jawab tiada tapi jika ibu ingin mencuba saya bancuhkan, terus berbunga hati dpt rasa before decide nak beli.
ULEE Kareng Showroom 
Settle shopping Kopi, kami ke Muzium Tsunami Acheh. Bayaran tiket masuk sebyk Rp10K utk Foreigner & Utk Local pula Rp3K utk Dewasa & Rp2K utk Kanak2. Terdapat 6 ruang pameran di Muzium ini.

Harga Tiket Masuk 
Susur jalan masuk ke ruang pertama, kita akan lalu lorong gelap yg basah & sayup2 ombak yg membuat hati kita rasa berdebar & sedih. 

Ruang Pameran Pertama 
Di sediakan koleksi gambar2 waktu kejadian.

Ruang Pameran Ke 2
Ruangan ini di namakan "Ruang Sumur Do'a". Di ruangan  ini terdapat  senarai nama2 yang terkorban sewaktu Tsunami & kami di fahamkan ada juga mangsa yang TIDAK di temui. Masuk di ruang ini perasaan mmg rasa sebak & sedih. Marilah sama2 kita sedekah Al-Fatihah buat mereka. 
Ruang Sumur Do'a

Ruang Pameran Ke 3
Belum hilang sayu di hati kami menyusur jalan yang berpusing2 , Jalan yg berpusing2 itu  seperti mengambar rasa/perasaan di lambung ombak yang bergulung2 waktu itu (yg diceritakan oleh Deni). Di penghujung laluan tersebut  kami ada jejantas  & di atas ruang udara jejantas  itu terdapat Bendera2 Dunia yang datang memberi bantuan kemanusian di Acheh.Pengawai bertugas di sana memberitahu Negara Malaysia adalah penyumbang terbesar dalam misi Bantuan Kemanusian di Acheh..gigih saya & suami  mencari bendera Malaysia..😁😁

"SAYA BANGGA JADI RAKYAT MALAYSIA " 








Ruang Pameran Ke 4

Ruang ini adalah bilik audio visual yang menyediakan dokumentari mengenai Tsunami yang di layarkan pada skrin seperti di Mini Panggung. Di sini tidak boleh ambik gambar & video. Hati tissue ini apa lagi berderailah air mata saat menyaksikan dokumentari tersebut.

Ruang Pameran Ke 5 & 6
Ruangan negara2 yang membantu Negara Acheh dari rangka pembangunan semula & bilik pameran koleksi barang2 yang di jumpai selepas Tsunami terutama sekali naskah2 Al-Quran ya nama2 negara yang membantu Acheh.


Habis melawat Muzium Tsunami Acheh, kami makan siang di Rumah Makan Kembang Tanjung. Saya makan burung goreng & Jeruk Udang. Selepas lunch kami terus ke Hotel utk check in. Kami stay di Arabia Hotel. RM150 atau Rp450K utk Deluxe Room (inc Breakfast). Hotel bersih, staft peramah, menu2 tempatan utk breakfast pun sedap.
Arabia Hotel 


Add caption

Jam 6.30pm kami berkumpul di Lobi utk ke Masjid Raya Baiturrahman. Di ceritakan seakty Tsunami walaupun sekitar Banda Acheh air menganas & bergulung2 namun di sekitar kawasan masjid air yang menganas itu menjadi tenang sahaja . ALLAH HU AKHBAR 

Masjid Raya Baiturrahman 
Selesai sembahyang jamak di Masjid Raya Baiturrahman, kami makan malam di Mie Razali untuk rasakan keenakkan Mee Acheh salah satu daya tarikan selain dari Kopi. Mie Razali ini juga adalah kedai tumpuan ramai kerana pernah juga di kunjungi oleh Presiden Indonesia. Deni mengsyorkan kami makan Mee Kepiting iaitu Mee Ketam. Oleh kerana takut tak sedap saya order satu piring untuk di kongsi bersama suami. Hhhmmm menyesal pula order sepiring.. sedap rupanya Mee Acheh ini..before balik mmg kena repeat makan Mee Acheh..

Mee Kepiting 
Settle dinner , kami balik semuka ke Hotel untuk beristirehat kerana esok kami harus ke Pasantren PUSKIYAI di Acheh Barat Daya untuk sambutan acara Israk Mikraj. Kami akan mulakan perjalanan pagi kerana dari Banda Acheh ke Acheh Barat Daya mengambil masa sekitar 7-8 Jam ( tanpa berhenti )

Ini sahaja coretan untuk Hari pertama saya di Banda Acheh. InsyaAllah jika di izinkan waktu saya akan kongsikan perjalanan kami di Puskiyai nanti...

Coretan dari Banda Acheh
01/04/2019

No comments: